peace Love & Ice Cream

Tuesday, February 16, 2010

Merokok?

Merokok?

anda merokok?..ada boyfren merokok?..tak pun..ayah / keluarga sendiri yang kerep merokok?
jom kita share2 skit terapi merokok..harap dapat membantu sedikit sebanyak..





nilah bahan2 yang ada dalam sebatang rokok..atau lebih teruk?




dalam kamus Wikipedia:
Rokok adalah silinder dari kertas berukuran panjang antara 70 hingga 120 mm (bervariasi tergantung negara) dengan diameter sekitar 10 mm yang berisi daun-daun tembakau yang telah dicacah. Rokok dibakar pada salah satu ujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup lewat mulut pada ujung lain.
Rokok biasanya dijual dalam bungkusan berbentuk kotak atau kemasan kertas yang dapat dimasukkan dengan mudah ke dalam kantong. Sejak beberapa tahun terakhir, bungkusan-bungkusan tersebut juga umumnya disertai pesan kesehatan yang memperingatkan perokok akan bahaya kesehatan yang dapat ditimbulkan dari merokok, misalnya kanker paru-paru atau serangan jantung(walapun pada kenyataanya itu hanya tinggal hiasan, jarang sekali dipatuhi).
Manusia di dunia yang merokok untuk pertama kalinya adalah suku bangsa Indian di Amerika, untuk keperluan ritual seperti memuja dewa atau roh. Pada abad 16, Ketika bangsa Eropa menemukan benua Amerika, sebagian dari para penjelajah Eropa itu ikut mencoba-coba menghisap rokok dan kemudian membawa tembakau ke Eropa. Kemudian kebiasaan merokok mulai muncul di kalangan bangsawan Eropa. Tapi berbeda dengan bangsa Indian yang merokok untuk keperluan ritual, di Eropa orang merokok hanya untuk kesenangan semata-mata. Abad 17 para pedagang Spanyol masuk ke Turki dan saat itu kebiasaan merokok mulai masuk negara-negara Islam.
Telah banyak riset yang membuktikan bahwa rokok sangat menyebabkan kecanduan, disamping menyebabkan banyak tipe kankerpenyakit jantungpenyakit pernapasanpenyakit pencernaan, efek buruk bagi kelahiran, dan emfisema.[1][2]


kesan penyakit:


paru2 yang jadi hitam dan rosak!!



Terapi MEROKOK


Rawatan farmakologikal, perlakuan mampu 
rawat ketagihan nikotin



SINDROM tarikan atau gian adalah cabaran paling hebat yang perlu dihadapi apabila hendak meninggalkan tabiat merokok.


Perokok berasa seolah-olah kehilangan sesuatu. Segala-galanya tidak kena, makan tidak sedap, sembelit, berdebar-debar, letih, cepat mengantuk, batuk, sakit dada, tidak fokus dan lebih teruk, sukar mengawal perasaan dan cepat marah.
Perunding psikiatrik dan pakar ketagihan Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Dr Mohamad Hussain Habil berkata, seorang pesakitnya memberitahu hanya memerlukan kemahuan yang kuat untuk berhenti merokok.

Katanya, pesakit itu datang semula seminggu kemudian dan memberitahu bahawa isterinya menyuruh dia menghisap semula rokok kerana tidak tahan dengan perangai panas baran apabila dia berhenti merokok.
“Dia menyangka `will power’ atau kemahuan yang kuat sudah cukup sedangkan ketagihan nikotin menyebabkan kimia dalam otak berubah dan amat susah untuk berhenti tanpa dibantu rawatan perubatan,” katanya.



Sindrom gian berlaku apabila tubuh yang biasa dengan kewujudan nikotin tiba-tiba kehilangan bahan itu. Gejala ini akan hilang dalam tempoh antara tiga hingga 14 hari. Bagaimanapun, ada bekas perokok mengalami keadaan teruk dan ada yang menerima kesan minimum.


Walaupun sindrom gian hanya kira-kira 14 hari, Dr Mohamad Hussain berkata, risiko kembali merokok bagi tempoh enam bulan adalah antara 30 hingga 40 peratus.
“Bekas perokok akan kembali merokok apabila dia berfikir tidak mengapa jika mencuba hanya satu sedutan. Bagi perokok, tidak ada selepas satu sedutan terus berhenti. Dia merasai sedutan kedua, ketiga dan akhirnya kembali merokok.

“Walaupun selepas setahun berhenti, kotak atau imej berkaitan rokok boleh menggoda mereka untuk merokok,” katanya.
Secara am, kesan sindrom gian amat kuat menyebabkan majoriti mereka yang cuba berhenti merokok tanpa bantuan rawatan perubatan menemui kegagalan.
Penyelidikan secara meluas mendapati bahawa rawatan farmakologikal dan perlakuan mampu merawat ketagihan nikotin. Kadar kejayaan adalah lebih memberangsangkan apabila perokok yang hendak berhenti dibantu rawatan perubatan.



Terapi Gantian Nikotin





Teknik ini adalah rawatan farmakologikal pertama yang diiktiraf Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat untuk menghentikan tabiat merokok.


Teknik ini merangkumi penggunaan gam nikotin, tampalan pada kulit, semburan dan sedutan yang turut ditawarkan di kira-kira 300 klinik berhenti merokok seluruh negara.



Perunding program berhenti merokok, Dr Sallehuddin Abu Bakar, berkata nikotin digunakan kerana perokok mengalami sindrom gian akibat ketandusan bahan itu
“Hanya nikotin diberikan sedangkan terdapat 3,900 bahan beracun lain dalam rokok. Apabila nikotin dalam jumlah yang dikawal diberikan, risiko bekas perokok mendapat penyakit bahaya lain dapat dikurangkan.
Nikotin dalam bentuk gam dan sedutan lebih popular kerana nikmat di mulut masih dirasai. Penggunaan penyedut membolehkan bekas perokok yang biasa dengan tabiat menyepit masih dapat melakukannya,” katanya.



Beliau berkata, tempoh rawatan adalah tiga bulan dengan dos nikotin dikurangkan dari minggu ke minggu hingga kekuatan dalaman pesakit bertambah mantap dan tidak lagi perlu bergantung kepada nikotin.

Bagaimanapun, katanya ada pesakit dapat mengurangkan sendiri dos nikotin dan ada pesakit yang memerlukan dos lebih tinggi kerana tahap ketagihan lebih teruk.
“Kadar karbon monoksida disukat untuk mengetahui sama ada mereka benar-benar berhenti merokok. Kira-kira 99 peratus bekas perokok bercakap benar apabila ditanya sama ada mereka masih merokok atau tidak.
“Pada minggu pertama, kadar karbon monoksida tinggi dan lama kelamaan semakin kurang yang menunjukkan paru-paru pesakit semakin bersih. Ini memberikan mereka motivasi untuk terus melupakan rokok.” katanya.
Antara perubahan lain yang menggembirakan bekas perokok termasuk tekanan darah kembali ke paras normal dan denyutan jantung lebih perlahan.

Bagaimana jika tidak berjaya? Dr Sallehuddin memberitahu teknik gabungan akan digunakan seperti sedutan bersama tampal, malah di negara maju rawatan pertama menggunakan teknik gabungan, tetapi kekurangannya ialah kos lebih mahal.
Katanya, kos rawatan menggunakan satu teknik bagi seorang pesakit adalah antara RM1,000 hingga RM1,500 manakala teknik gabungan meningkatkan kos kepada RM2,000 hingga RM3,000.





Terapi Bukan Nikotin



Walaupun terapi gantian nikotin adalah rawatan utama untuk melegakan sindrom gian, kaedah rawatan lain giat dimajukan .
Buat kali pertama, ubat bukan nikotin, bupropion, diiktiraf sebagai rawatan farmakoligikal untuk ketagihan nikotin. Ubat yang dimakan dalam bentuk pil ini tidak mengandungi nikotin dan sudah di Malaysia.


Sementara, satu lagi jenis ubat diperkenalkan di pasaran antarabangsa dan dijangka dibawa masuk ke negara ini tahun depan.
Dr Mohamad Hussain, antara pakar yang menggunakan terapi bukan nikotin di negara ini, berkata kadar kejayaan menggunakan teknik ini adalah lebih tinggi, iaitu kira-kira 60 peratus.

Bagaimanapun, katanya kaedah ini adalah rawatan jangka panjang dan pesakit perlu mematuhi jadual rawatan serta mengamalkan nasihat doktor dari segi pemakanan, gaya hidup dan beberapa teknik melawan godaan merokok.
Katanya, antara punca kegagalan kerana tidak datang untuk rawatan susulan dan menganggap sudah mencuba segala-galanya.
“Panduan kita ialah bekas perokok berjaya meninggalkan sepenuhnya tabiat merokok apabila tidak merokok selama tiga tahun,” katanya.



Rawatan Perlakuan



Di Klinik Berhenti Merokok di negara ini, terapi gantian nikotin turut menggabungkan rawatan perlakuan yang menggunakan kaedah bimbingan dan kaunseling.
Ini kerana walaupun selepas setahun berhenti merokok, mereka masih boleh terjebak dengan tabiat lama itu. Sehubungan itu, pesakit dibimbing untuk menguatkan ketahanan dalaman dengan pelbagai teknik seperti berfikiran positif dan melawan fikiran negatif.





FAKTA: Nikotin

  • Nikotin sebagai komponen utama dalam rokok adalah cecair tanpa warna yang bertukar menjadi perang apabila dibakar dan mengeluarkan bau apabila terdedah kepada udara.
  • Campuran air dan nikotin digunakan sebagai racun serangga sejak 1746 dan pada 1828, nikotin berjaya diasingkan dari daun tembakau.
  • Nikotin mudah berkumpul dan bertindak dalam tisu saraf dan otak. Ia juga boleh berada dalam tapak tertentu badan, terutama sistem saraf autonomik yang mengawal kadar jantung dan tekanan darah.
  • Kesan nikotin pada otak menyebabkan tubuh mengalami toleransi, iaitu kesan seperti mual, muntah dan pening, iaitu keadaan ketika mula merokok.
  • Kesan segera nikotin ialah peningkatan tekanan darah dan kadar jantung, pernafasan lebih cepat, saluran darah terjerut dan merangsang sistem saraf pusat.
  • Dalam tempoh 10 saat selepas menghisap rokok, nikotin memasuki otak. Setiap batang rokok mengandungi satu miligram nikotin bersama pelbagai bahan lain memasuki tubuh, termasuk otak.
  • Perokok yang menghisap 10 atau 20 batang rokok sehari akan mengalami kesan tindakan nikotin sebanyak 10 atau 20 kali ganda.
  • Nikotin yang terserap dalam tubuh, terutama darah dan otak akan menjadi semakin rendah. Kesan penurunan ini menyebabkan perokok berasa tidak selesa dan terdesak untuk menghisap rokok.
  • Perokok merokok sepanjang hari untuk mengekalkan kesan menyenangkan nikotin dan mencegah sindrom gian.
  • Pendedahan secara berterusan dan berpanjangan terhadap nikotin boleh menimbulkan pelbagai masalah kesihatan terutama kanser. Kira-kira 90 peratus kanser paru-paru membabitkan perokok.
petikan dari : ehoza.com





0 comments: