peace Love & Ice Cream

MUZIK~

oleh kerana sy minat gile2 SuJu..ada music sheet nk kongsi bersama~~sume lgu dyeorang~~sarangheo~~

Music Sheet ♥











Asas muzik iaitu irama dan pic, memang sedia terdapat dalam pertuturan
dan pergerakan harian. Keadaan ini menjadikan kanak-kanak berasa senang
dan memberi respon secara spontan dalam melahirkan ekspresi diri.
Kecenderungan seperti ini apabila dikendalikan dengan baik, memainkan
peranan yang efektif dalam proses perkembangan diri kanak-kanak.


Irama
- Detik, Tekanan dan Meter
Detik
Pembahagian meter: 2 3 4 6 / 4 4 4 8
Tekanan: tekanan detik dalam meter 2 3 4 6 / 4 4 4 8
-Tempo
Pelbagai tempo : lambat; cepat; sederhana.
- Nilai not dan nilai tanda rehat
Nilai not : semibrif; minim bertitik; minim; krocet; kuaver; semi kuaver
Nilai tanda rehat: semibrif; minim; krocet; kuaver.

-Corak irama
Corak irama pada rentak: mac; waltz; masri; zapin;
inang; joget; sumazau.
Corak irama pada ostinato: ostinato irama.

Melodi

Pic
-Aras pic: pic tinggi; pic rendah.
Jenis pergerakan pic: menaik; menurun; mendatar;
bertangga; melompat.
Solfa: do re mi fah soh lah ti do’ re’.
- Skel
Skel diatonik: major; minor harmonik.
- Warna ton
Warna ton pelbagai sumber bunyi: suara; alat muzik;
perkusi badan; bahan improvisasi2; bunyi alam sekitar.
- Harmoni
Jenis iringan dalam harmoni: melodi kaunter; dron; ostinato
melodi.

-Tekstur
Deskripsi tekstur dalam muzik solo dan muzik berkumpulan:
tebal; nipis.
Jenis lapisan suara dalam tekstur: melodi kaunter; dron.
- Bentuk
Pembinaan bentuk : frasa.
Jenis bentuk muzik: AB; ABA.

Ekspresi

-Dinamik
Aras dinamik: lembut; kuat.
Perubahan dinamik: beransur lembut; beransur kuat.
- Mud
Deskripsi mud dalam muzik: riang; sedih; bersemangat;
cemas; takut; tenang.


Sistem notasi

Lambang not muzik dan tanda rehat




Tanda isyarat dan istilah
















PENGHARGAAN ESTETIK
Memberi pendapat terhadap hasil karya dan persembahan muzik
masyarakat Malaysia dan menyatakan budaya yang berkaitan dengannya
secara lisan dan bertulis.
Dalam aspek ini murid menghayati dan meletak nilai terhadap bahan
muzik dan persembahan. Murid mendengar, merasa, mengecam,
mengenalpasti, membanding beza, mengklasifikasi, menganalisis,
menghuraikan, berkongsi pandangan dan berbincang secara lisan dan
bertulis.
--Nyanyian
Memberi respon kepada pelbagai aspek tentang karya atau
persembahan muzik vokal seperti konsep muzik (irama, melodi,
bentuk, ekspresi); fungsi muzik ( perayaan, tarian, upacara); dan
teknik persembahan.
Pelbagai muzik vokal: nyanyian solo; nyanyian berkumpulan;
nyanyian dua lapisan suara.
4.2 Muzik instrumental
Memberi respon kepada pelbagi aspek tentang karya atau
persembahan muzik instrumental seperti konsep muzik (irama,
melodi, bentuk, ekspresi); fungsi muzik (perayaan, tarian, upacara);
dan teknik persembahan.
Pelbagai muzik instrumental: solo; berkumpulan.




alat musik tradisional





Skop maklumat alat muzik tradisional ini amatlah terbatas, ianya masih terdapat masa kini dan terus diterima pakai oleh bangsa di Malaysia.Kami berusaha membangunkan web ini semungkin yang boleh dan pertambahan maklumat serta paparan artifak yang menarik akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Secara amnya, selain daripada digunakan untuk menghasilkan berbagai jenis muzik, alat alat muzik ini merupakan bahan estetika yang penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai alat penyebar maklumat, lambang budaya bangsa, alat ritual yang dapat menghubungkan manusia dengan alam luar biasa(magis) selain dari fungsi utama sebagai alat hiburan.


Terdapat lima kategori Alat Muzik Tradisional:


1.kordafon

Alat-alat muzik kordofon ialah alat-alat yang mengeluarkan bunyi kerana adanya getaran pada tali yang ditegangkan. Alat-alat muzik rebab, sape dan lain-lain tergolong dalam kategori ini.


2. Membranofon


Dalam kategori ini digolongkan alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui kulit atau membrane yang ditegang dan dipalu.Berbagai jenis alat gendang dan rebana Melayu tergolong dalam kategori membranofon. Kebiasaannya digunakan di dalam menghasilkan lagu-lagu rakyat.


3. Erofon
Erofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang udara. Dalam masyarakat pribumi Malaysia,terdapat beberapa jenis alat muzik erofon seperti serunai, seruling, nafiri, seruling hidung dan lain lain yang sejenis.


4. Idiofon
Idiofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui tindakbalas pada rangka badan yang bergema. Contoh alat muzik idiofon pribumi Malaysia ialah kumpulan gong dan jenis-jenisnya. Dalam kategori idiofon terdapat alat-alat muzik'metallophone', yang diperbuat daripada logam gangsa seperti saron dan gendir dalam ensemble gamelan.


5. Erofon Bebas
Erofon bebas adalah suatu alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang udara dengan car meniupnya, penjenisan alat adalah berbeza dari erofon. Ianya diperbuat dari pelbagai bentuk yang berbeza dan diperbuat dari bahan yang bersifat sementara seperti daun-daun kayu, daun kelapa dan sebagainya. Penghasilan bunyi tidak mengikut kod muzik yang ditetapkan dan bukan untuk tujuan dipermainkan bersama alat muzik yang lain.



EKSPRESI KREATIF
Menyatakan persepsi, perasaan dan idea kreatif.
Dalam aspek ini murid meluahkan fikiran dan perasaan kreatif melalui
aktiviti meneroka, mengimprovisasi dan membuat ciptaan berasaskan
bunyi. Murid memilih, mengubah, memodifikasi, mengadaptasi,
menyusun atur dan membentuk bahan muzik.
--Penerokaan
Pengalaman menemui: meneroka pelbagai bunyi.
-- Improvisasi
Pengalaman kreatif: mengimprovisasi lirik, corak irama, dan
melodi
-- Reka Cipta
Pengalaman kreatif: mereka cipta corak irama.


PENGALAMAN MUZIKAL
Pengetahuan dan kemahiran asas dalam nyanyian dan permainan
alat muzik.
Dalam aspek ini murid melibatkan diri dalam aktiviti nyanyian dan
permainan alat muzik. Murid membina kemahiran menyanyi dan
bermain alat muzik mengikut teknik yang betul secara amali.
-- Pengetahuan teknik
-- Teknik dalam nyanyian: postur; pernafasan; pengeluaran
ton; sebutan.
-- Teknik dalam permainan perkusi: postur; cara memegang;
cara memainkan.
-- Teknik dalam permainan rekoder: postur; pernafasan;
penjarian; penglidahan; penghasilan ton.
-- Kriteria persembahan : keseimbangan; kesepaduan;
koordinasi; etika.
-Pengalaman muzik
--- Menyanyi: menyanyi pelbagai jenis lagu terdiri daripada
lagu kanak-kanak, lagu patriotik, lagu budaya masyarakat
Malaysia.
--- Memainkan alat perkusi: memainkan alat perkusi ringan;
dram getar4; dram tenor; dram bes bagi mengiringi
nyanyian atau muzik instrumental.
 ---Memainkan rekoder: (a) memainkan not

















Gitar
alat musik  feveretku

Gitar klasik--Gitar eletrik--Gitar semi akustik--Gitar Sepanyol--Gitar eletrik bass bertali lima.--Gitar pelik: Moodswinger 

Gitar adalah sejenis alat muzik bertali yang telah lama digunakan dalam pelbagai jenis gaya muzik, dan juga salah satu alat solo klasik. Ia banyak digunakan sebagai alat utama dalam muzik bluesdesaflamencorock dan banyak jenis pop. Gitar biasanya terdiri daripada satu batang leher yang panjang dan terdapat ruas-ruas yang dipanggil "fret". Badannya seakan-akan berbentuk biola. Pada kebiasaannya juga terdapat enam tali yang boleh dimainkan dengan memetik tali tersebut sama ada dengan jari ataupun plektrum (pemetik gitar). Namun terdapat juga gitar dengan empat, tujuh, lapan, sepuluh dan dua belas tali. Gitar dibuat dan dibaiki oleh tukang lut (luthier). Gitar boleh dimainkan secara akustik atau boleh bergantung pada penguat yang selalunya membolehkan manipulasi nada secara elektrik. Gitar elektrik baru sahaja diperkenalkan pada abad ke-20, dan telah memberi kesan yang mendalam padabudaya popular.


Plektrum digunakan sebagai pemetik.


Sebelah tangan memetik, sebelah lagi bermain-main di fret


bahagian2 gitar










electric-guitar







A) Electric Guitar – Seperti nama, gitar yang memerlukan elekrtik untuk berbunyi. (kalau takde letrik pun bunyi jugak, tapi bunyi macam nyamuk la) Kebanyakan genre lagu moden hari ini menggunakan gitar letrik. Rock, Metak, Punk, Alternative, Blues, R&B misalnya antara genre yang tak sah kalau takde electric guitar.








Kelebihan gitar elektrik:
(i) Senang dimainkan kerana fretboard (fingerboard) yang kecil dan nipis serta lebar string yang lebih halus dari tali untuk gitar elektrik.
(ii) Skop music yang lebih luas kerana boleh ditambah dengan effect seperti distortion, reverb, delay, wah etc.
(iii) Banyak variasi bentuk gitar elektrik. Antara body type yang biasa dilihat seperti stratocaster dan telecaster type (Fender) atau Les Paul dan Fliying-V type (Gibson). Ada jugak gitar yang unik seperti double-neck (twin) guitar, 7-string guitar etc.
(iv) Mudah dari segi maintenance dan repair. Masalah yang selalu dialami oleh gitar elektrik seperti pickup tidak berfungsi, volume knob tak betul misalnya, selalunya kurang masalah body berbanding gitar akustik. Nak tukar electrical parts lebih mudah dan tidak mahal.

Kelemahan gitar elektrik:
(i) Kena ingat kalau nak beli gitar elektrik, kena beli jugak guitar amp. So kena masukkan amp dalam budget (rujuk Langkah Pertama). Bagaimanapun, guitar amp kecil (10W-30W) dalam lingkungan harga RM50-250 biasanya sudah cukup bagus untuk permulaan.
(ii) Guitar elektrik dan guitar amp adalah seperti irama dan lagu – tak dapat dipisahkan. Portable-wise, gitar elektrik bukan lah satu pilihan yang tepat seperti untuk bawak pegi pantai dengan member misalnya. Kena pikir jugak kat mana nak cucuk plug untuk amp.
(iii) Sesetengah gitar elektik terutama yang terlalu murah, mudah lari tune walaupun tak semua. Masalah lari tune adalah syarat wajib yang harus dielakkan semasa main gitar.

acoustic-guitar







B) Acoustic Guitar – Juga merupakan jenis gitar yang popular. Di Malaysia gitar jenis ini lebih glamer dengan panggilan “gitar kapok” dan selalu dimainkan untuk “rock kapak”. Banyak orang yang tidak faham perbezaan antara akustik dan klasik. Perbezaan gitar akustik dengan gitar klasik antaranya terletak pada jenis tali (string) yang diguna. Tali gitar akustik adalah steel-base string manakala tali gitar classic (termasuk flamenco dan bossa-nova) menggunakan nylon-base string (tali 1-3 walaupun ada menggunakan steel, tapi disalut pada tali base nylon).








Kelebihan gitar akustik:
(i) Boleh dimainkan tanpa amp.
(ii) Boleh dibawa dan dimain di mana-mana (kecuali tempat-tempat tertentu seperti masjid, tanah perkuburan, musium dsbg.)
(iii) Walaupun tak perlu amp, bunyi yang keluar dari gitar akustik cukup kuat untuk main sambli nyanyi ramai ramai semasa berkelah misalnya, sebab gitar akustik pakai steel strings.
(iv) Variasi muzik yang luas dan selalunya gitar akustic “masuk” untuk dimainkan apa apa genre.
(v) Selalunya gitar akustik tidak mudah lari tune kerana lebar string yang lebih besar berbanding gitar eletrik kecuali masalah loose nut atau dimainkan dibawah pengaruh matahari atau pencahayaan yang kuat.

Kelemahan gitar akustik:
(i) Memerlukan penjagaan yang lebih dan kos repair yang agak mahal. (Kalau nak tahan lama la – sebab aku tengok ramai yang reti beli aje gitar tapi tak reti bela)
(ii) Believe it or not, secara purata gitar akustik lebih mahal terutama yang sudah dimasukkan ke kategori vintage seperti Martin Guitars.
(iii) Kebanyakan beginner give-up tengah jalan sebab alasan – susah nak main, tali keras, jari saya kecik, tekan tak kuat..
(iv) Sesetengah gitar mempunyai fretboard dan body yang besar.

classical_guitar







C) Classic Guitar – Konsep yang hampir sama dengan gitar akustik, tetapi menggunakan string nylon.








Kelebihan gitar klasik:
(i) Sesuai untuk lagu lagu klasik, spanish style flamenco, bossa nova dan fingerstyle-technique.
(ii) Tali nylon walaupun tebal, tetapi lembut dan mudah dimainkan.
(iii) Bunyi gitar yang lebih lembut dan romantik tapi passionate.

Kelemahan gitar klasik:
(i) Genre muzik yang agak terhad.
(ii) Jarak antara string dan antara fret yang besar, justeru fretboard yang lebih lebar. Gitar ini susah dimainkan oleh mereka yang mempunyai jari yang kecil dan comel.
(iii) Memerlukan penjagaan yang lebih dan kos repair yang agak mahal.
(iv) Kebanyakan gitar klasik yang elok mempunyai harga yang jauh lebih mahal dari akustik dan elektrik. Ada gitar vintage klasik yang mencecah jutaan RM.

Kesimpulan : Pilih gitar yang sesuah mengikut gaya, citarasa dan genre anda. Kalau masih belum pasti, aku nasihatkan cuba gitar akustik. Gitar akustik memang sukar dimain pada permulaan. Tetapi selepas banyakkan latihan, dan setelah biasa dengan gitar akustik, lepas tu 99.9% anda dijamin takde masalah untuk main gitar elektrik. Kalau biasa sangat main gitar lembut sekali kena akustik jari krem. Gunakan gauge yang lebih halus. Biasanya pada kotak set tali gitar akustik tu ada tulis “Heavy”, “Medium”, “Light”, “Extra Light” etc. Pilih tali “Extra Light”. Tali jenis ini lebih senang nak main. Cuma bunyinya tidak sekuat berbanding kalau guna medium atau heavy gauge strings. Pilih juga gitar yang mempunyai body yang lebih kecik seperti OOO- (triple O) type atau OO- (double O) type. Elakkan D-type atau Jumbo type










Panduan asas bermain gitar (kod mudah)










Basic Guitar Chords

Open Chords


Power Chords

petikan : blog zairul




papadom OST-mia sara
time saya tengok cerita ni..memang teringat sangat kat dedi saya..
lagu ni pulak sangat menyentuh hati....
irama yang mendayu..
lirik yang salju..
so..cr cr page yang ada kord lgu ni..
dlm blog zairul..mcm2 ada..










Date: 23.12.2009
Tabbed by: Zairul.Com a.k.a Semb

Subject:
MIA SARA (OST PAPADOM) - AFDLIN SHAUKI

VERSI KOD

[Intro]

Asus2   F#m11   Bbm7   Esus4 E    x2

[Verse 1]

     Asus2       F#m11      Bbm7     Esus4 E
Miasara  waktu pagi kau sinari hidup ini

         Asus2       F#m11        Bbm7         Esus4 E
Bangun bapa bangun mami kau sebut di telinga kami 

       Asus2         F#m11        Bbm7       Esus4 E
Satu hari kau kan pergi tinggal kami bersendiri 

       Asus2       F#m11        Bbm7      E    A
Walau apa kan terjadi kau tetap akan kami cintai 

[Chorus 1]

      F#m    Bbm7        E           A
Oh Miasara tidur lah kamikan bersama mu

       F#m       Bbm7          E             A
Dibuai mimpi nan indah dan doa papa dan mama mu 

      Bbm7   E          Bbm7   E          A
Tidur lah Miasara tidur lah Miasara tidur lah 

[Verse 2]

     Asus2        F#m11   Bbm7      E
Miasara yang pertama anugerah terutama

         Asus2      F#m11       Bbm7        E
Senyuman mu belai jiwa pengubat hati yang lara

         Asus2      F#m11     Bbm7     E
Tuhan lindungi permata selamatkan sentiasa

       Asus2     F#m11    Bbm7      E    A
Dari duka di dunia akan kita hadapi bersama

[Bridge]

       A       F#m11    Bbm7    E
Rambut mu mata mu bibir mu hati mu

       A       F#m11     Bbm7   E
Senyum mu tawa mu di hatiku selalu

[Chorus 2]

      F#m    Bbm7        E         A
Oh Miasara tidur lah kasihani mama mu

       F#m       Bbm7        E         A
Kerana dia menunggu untuk bersama bapa mu 

     Bbm7   E         Bbm7   E          A
Tidurlah Miasara tidurlah Miasara tidurlah

[Outro] 

     Bbm7   E         Bbm7   E         Bbm7   E
Tidurlah Miasara tidurlah Miasara tidurlah Miasara

           A   Asus4   A Asus4   A
ohh.. tidurlah

gitar ku sayang~