peace Love & Ice Cream

Tuesday, February 16, 2010

jd baik?jd bdk baik....

JadI BaiK



Untuk menjadi manusia yang baik, perlukan mental yang baik. Di sini kami kongsikan dengan anda rahsia untuk mempunyai mental yang baik supaya anda lebih tenang dan penuh keyakinan diri.

  1. Luahkan atau kongsikan masalah anda dengan orang lain.
  2. Luaskan pergaulan, banyakkan berkomunikasi dengan orang lain.
  3. Bertemu semula dengan kawan-kawan lama.
  4. Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti, persatuan dan kelab.
  5. Banyakkan membaca. Penuhi waktu anda dengan sebaik mungkin.
  6. Berkongsi hobi atau kegemaran anda dengan keluarga, sanak saudara, jiran dan rakan-rakan.
  7. Jaga kesihatan diri dengan memakan makanan-makanan berkhasiat.
  8. Bersenamlah selalu. Amalkan gaya hidup yang sihat.
  9. Makan makanan yang seimbang dan minum air masak mencukupi.
  10. Lakukan aktiviti-aktiviti bersama keluarga. Eratkan ikatan kekeluargaan.
  11. Bersiar-siar, menonton wayang dan makan diluar sekali sekala.
  12. Pastikan diri anda sentiasa ceria dan gembira.
  13. Berbincang mengenai permasalahan keluarga dan isu-isu semasa dengan bijaksana.
  14. Bersikap realistik tentang perubahan dan cabaran dalam pelbagai aspek.
  15. Sentiasa bersikap positif.

0 comments: