peace Love & Ice Cream

Tuesday, February 16, 2010

jatuh cinta?




tanda-tanda Dah jatuh cinta..


Menurut Ibn Hazm, cinta itu sulit dihuraikan. Namun ada beberapa tanda seseorang yang telah jatuh cinta, iaitu (Sila rujuk Tuq al-Hamamah) :-
Pertama :Kecanduan memandang orang yang dikasihi. atau apa sahaja barang kepunyaannya lalu menginatkan kepada pemiliknya. Itu sahaja sudah sebuah nikmat.

Kedua :Segera menuju ke tempat kekasih berada, sengaja duduk dekatnya dan mendekatinya.

Ketiga :gelisah dan gugup ketika ada seseorang yang mirip dengan orang yang dicintainya.

Keempat :kesediaan untuk melakukan hal-hal yang sebelumnya enggan dilakukannya. Adapun perbuatan yang mencacatkan cinta menurut Ibn Hazm adalah mereka yang berbuat maksiat antara lain adalah berzina dll.
Justeru kiranya seorang telah jatuh cinta kepada Allah dan RasulNya,
Pasti dia segera selalu berdua-duaan denganNya melalui solatnya,
Pasti resah dan gugup tatkala melihat dan membaca ayat-ayatNya.
Rela dan gembira untuk melakukan apa sahaja untuk mencapai redha Allah walau sukar dan memeritkan pada mata dan aqal manusia lainnya.
Semuanya itu menjadi mudah kerana adanya kasih dan cinta pada Robb, dan RasulNya

petikan dr: ustaz Zaharudin

0 comments: