peace Love & Ice Cream

Thursday, February 25, 2010

Kadet remaja sekolah



Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En Thani bin Syaaban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya seramai 20 orang sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan 1 dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN dan BERAMAL, berakhlak mulia, bersemangat patriotik, berketerampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan NEGARA ke arah Wawasan 2020



Simpulan dan Ikatan


SIMPULAN DAN IKATAN



BUKU SILA
Kegunaannya : -
Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat kain pembalut luka, menyambung tali yang sama besar saiznya dan untuk mematikan ikatan barang-barang. Kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula





BUNGA KETI
Kegunaannya : -
Simpulan ini digunakan bagi menyambung hujung tal yang tidak sama besar, misalnya tali perahu dengan tali kapal





BUNGA KETI BERGANDA
Kegunaannya : -
Simpulan bunga keti berganda digunakan untuk menyambung dua tali yang tidak sama besar dan dapat digunakan dengan selamat.



LILIT 2 SIMPUL / SIMPUL BELIT
Kegunaannya : -
Bagi Mengikat Tali Pada Tiang Untuk Mematikan Ikatan Ke Pokok Atau Ke Pacang Kerana Cara Begini Midah DI Buka Dan Tidak Mudah Tanggal Ikatannya






SIMPUL MANOK (Clove Hitch)
Kegunaannya : -
Simpulan ini akan digunakan sebagai permulaan untuk mengikat pada kayu atau sebagainya.






SIMPULAN PENGAIL (Fisherman's Knot)
Kegunaannya : -
Simpulan pengail digunakan untuk menyambung tali pada mata kail atau menyambung tali yang licin






SIMPUL PULIH
Kegunaannya : -
Simpulan ini digunakan bagi memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya. Ia juga digunakan untuk menguatkan bahagian yang tidak kukuh






LILIT BALAK
Kegunaannya : -
Untuk Mengikat Tapi Pada Balak Dan Untuk Memindahkan Atau Mengheret Kayu Atau Batang Balak





TINDIH KASIH
Kegunaannya : -
Simpulan ini digunakan untuk mengikat leher binatang supaya tidak terjerut, dan membuat lubang tali yang tidak terjerut untuk mengangkat mangsa atau binatang ke atas seperti kucing terjatuh ke dalam telaga






SIMPUL PEMATI BIASA (COMMON WHIPPING)
Kegunaannya : -
Untuk Mematikan Hujung Tali Supaya Tidak Terurai






LILIT ( Taut-Line )
Kegunaannya : -
Bagi Mengikat Tali Pada Tiang Dan Untuk Mematikan Ikatan Ke Pacang Khemah Kerana Kepanjangan Tali Boleh Di Ubah-Ubah


0 comments: