Untuk menjadi manusia yang baik, perlukan mental yang baik. Di sini kami kongsikan dengan anda rahsia untuk mempunyai mental yang baik supaya anda lebih tenang dan penuh keyakinan diri.
- Luahkan atau kongsikan masalah anda dengan orang lain.
- Luaskan pergaulan, banyakkan berkomunikasi dengan orang lain.
- Bertemu semula dengan kawan-kawan lama.
- Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti, persatuan dan kelab.
- Banyakkan membaca. Penuhi waktu anda dengan sebaik mungkin.
- Berkongsi hobi atau kegemaran anda dengan keluarga, sanak saudara, jiran dan rakan-rakan.
- Jaga kesihatan diri dengan memakan makanan-makanan berkhasiat.
- Bersenamlah selalu. Amalkan gaya hidup yang sihat.
- Makan makanan yang seimbang dan minum air masak mencukupi.
- Lakukan aktiviti-aktiviti bersama keluarga. Eratkan ikatan kekeluargaan.
- Bersiar-siar, menonton wayang dan makan diluar sekali sekala.
- Pastikan diri anda sentiasa ceria dan gembira.
- Berbincang mengenai permasalahan keluarga dan isu-isu semasa dengan bijaksana.
- Bersikap realistik tentang perubahan dan cabaran dalam pelbagai aspek.
- Sentiasa bersikap positif.
0 comments:
Post a Comment