"Jangan Hisap Dadah..Dermalah Darah"
ha...camtu la nasihat orang kan...tapi nak derma tu kena tahu skit sebanyak dulu bab2 derma darah ni...
Boleh Derma Darah
1 umur 18 ~ 65 tahun
2 Berat melebihi 45kg
3 tahap hemoglobin (kandungan protein dan zat besi) sekurang-kurangnya 12.5%
4 tidak menghidap penyakit kronik
5 tidak minum alkohol 24 jam sebelum menderma
6 tidak mengambil ubat antibiotik, kecuali dengan kebenaran doktor
7 tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum hari menderma
Dilarang Derma Darah Sementara Waktu
1 demam (apabila demam atau sakit darah kita mengandungi sel darah putih yang boleh memberi kesan kepada penerima)
2 berat badan kurang 45kg
3 makan antibiotik yang tidak membenarkan mereka menderma darah (perlu berehat sekurang-kurangnya 1 minggu selepas dos terakhir)
4 tidur kurang 5 jam
5 minum alkohol kurang dari 24 jam
6 menjalani pembedahan dalam tempoh 6 bulan
7 mendapat rawatan gigi dalam tempoh 24 jam sebelum menderma
8 mendapat suntikan vaksinsi 3 minggu sebelum hari menderma
9 menindik telinga, menjalani akupuntur atau tatu dalam masa setahun
>>jgn jadik mcm saya..semangat jer lebih nak derma darah..tapi time atas katil tu pam nye..alahai sikit bangat~~ separuh bekas pn tak sampai..malu jer..huhu
time nak ambik darah pulak.. berjam2 nurse jari urat..last2 cucuk j kat atas tangan ni ha..dahla tu..darah kuar suku je dalam picagari tu..pelik2...
sejak tu saya kerap makan organ hati & jantung..kononnya nak tambah darah...
betul ker??<<<
0 comments:
Post a Comment